Preview

Kelab BolaSepak Kampung Teresek akan menganjurkan :
PIALA PERPADUAN SIAM MALAYSIA (P.P.S.M)
************************************************
PENDAHULUAN
Pertandingan ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab BolaSepak Kampung Teresek
Kelab Bola Sepak Kampung Teresek akan menganjurkan Piala Perpaduan Siam Malaysia (P.P.S.M) bola sepak 11 sebelah. Program ini di harap dapat mencungkil bakat-bakat siam baru untuk dijadikan sebagai pasukan pelapis pada masa akan datang. Harapan kami juga agar kejohanan ini dapat memberi peluang kepada siam malaysia melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan.
MATLAMAT
Matlamat utama program adalah untuk menarik minat pemain bola sepak siam malaysia untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan dan permainan. Di samping itu program ini dapat mencungkil bakat – bakat baru khususnya dalam acara bola sepak agar boleh di ketengahkan bakatnya.Tidak mustahil, mungkin suatu hari nanti pasukan Siam Malaysia mampu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di peringkat Zon,Negeri dan Negara.
Sehubungan dengan itu, Kelab Bola Sepak Kampung Teresek tidak mahu membuang masa dan terus mengambil langkah – langkah perlu bagi membimbing dan menggerakkan siam malaysia agar sentiasa cergas dan berfikiran positif dengan menjauhi gejala sosial yang memang hangat di kala ini.
OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah pertandingan.
3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.
3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
3.5 Melahirkan para pemain yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
3.7 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.
“Siam 1 Malaysia”
Terima kasih atas sokongan semua …🙏🙏🙏

Loading

Details

Date Time League Season Full Time
July 20, 2024 9:00 am PIALA PERPADUAN SIAM MALAYSIA (P.P.S.M) 2024 15'