LIGA MUHIBBAH 9

Please Share !!! Thank you

previous arrow
next arrow
Slider

KEJOHANAN BOLA SEPAK MUHIBAH DIANTARA KAUM 2019

 
PASIR MAS : Kejohanan Bola Sepak Muhibbah Diantara Kaum tahun 2019 pada hari ini (30/8/2019) Anjuran Kelab Bola Sepak Kampung Teresek merupakan acara yang bermakna dimana kita semua berpeluang untuk sama- sama melibatkan diri berusaha bersungguh-sungguh untuk menyatakan komitmen kita kepada pasukan yang kita wakili. Namun begitu, bagi saya, apa yang lebih penting di sini ialah kejayaan menganjurkan acara ini adalah satu usaha untuk mewujudkan semangat setiakawan, semangat muafakat diantara kaum dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu tujuan untuk dikongsi bersama-sama.
 
Saya percaya, kejohanan Bola Sepak Muhibbah Diantara Kaum pada tahun 2019 ini (Anjuran oleh Kelab Bola Sepak Kampung Teresek ) yang diadakan seperti ini, dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim di kalangan pemain-pemain yang berbilang Kaum di Negeri Kelantan dan Trengganu. Dalam sesuatu pertandingan , menang atau kalah bukanlah ukuran penting untuk menentukan kualiti sesebuah pasukan, tetapi dinilai dari segi semangat kesukanan bersatu padu,bertoleransi, sikap menerima kekalahan serta meraikan pasukan yang
menang.
 
Jutaan Terima kasih kepada yang menjayakan Kejohanan Bola sepak Muhibbah pada tahun 2019 ini….
 
1.Phra Khru Udomdhammapatiban (Phor Than Bun) Ketua Sami Wat Uttamaram merangkap Ketua Sami Daerah Pasir Mas dan Tanah Merah (Penaung Utama Kelab Bola Sepak Kampung Teresek)
 
2.Yang Berhormat Ustaz Wan Roslan Bin Wan Hamat
(Pengerusi EXCO Belia,Sukan dan NGO Negeri Kelantan)
Kami pihak penganjur merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan YB memberi sumbangan sebanyak RM5,000.00 (Lima Ribu Ringgit) kepada Kelab Bola Sepak Kampung Teresek untuk penganjuran Kejohanan Bola Sepak Muhibbah diantara Kaum 9 sebelah sempena bulan kemerdekaan pada Tahun 2019.
 
3. Yang Berhormat Hjh.Siti Zailah Binti Mohd Yusoff
(Ahli Parlimen Rantau Panjang)
Kami pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Hjh.Siti Zailah Binti Mohd Yusoff
(Ahli Parlimen Rantau Panjang) yang sudi datang untuk perasmian Kejohanan Bola Sepak Muhibbah diantara Kaum 9 sebelah sempena bulan kemerdekaan pada Tahun 2019.
 
4. Pn.KC Ngiam (Pengerusi Persatuan Wanita Siam Negeri Kelantan)
Kami pihak penganjur merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Pn.KC Ngiam memberi sumbangan sebanyak RM1,000.00 (Satu Ribu Ringgit) kepada Kelab Bola Sepak Kampung Teresek untuk penganjuran Kejohanan Bola Sepak Muhibbah diantara Kaum 9 sebelah sempena bulan kemerdekaan pada Tahun 2019.
 
5. Sponsor-sponsor yang memberi sumbangan
Kami pihak penganjur merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada sponsor-sponsor yang memberi sumbangan kepada Kelab Bola Sepak Kampung Teresek untuk penganjuran Kejohanan Bola Sepak Muhibbah diantara Kaum 9 sebelah sempena bulan kemerdekaan pada Tahun 2019.
 
6.En.Fauzi Bin Seman dari CIMB Bank Berhad Cawangan Pasir Mas
Kami pihak penganjur merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En.Fauzi Bin Seman dari CIMB BANK BERHAD memberi sumbangan sebanyak RM20,000.00 (Dua Puluh Ringgit) kepada Kelab Bola Sepak Kampung Teresek untuk penganjuran Kejohanan Bola Sepak Muhibbah diantara Kaum 9 sebelah sempena bulan kemerdekaan pada Tahun 2019.
 
7. Nor Hisham Mohd Nasir Pengadil dari KAFA / FAM
Kami pihak penganjur merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pengadil dari KAFA & FAM yang memberi kerjasama untuk menjadi pengadilan dalam Kejohanan Bola Sepak Muhibbah diantara Kaum 9 sebelah sempena bulan kemerdekaan pada Tahun 2019 ini.
 
8. Semua Pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan ini

Please Share !!! Thank you